Friday, January 22, 2010
Bertempat di Bilik Mesyuarat SKM, Jawatankuasa Program Kecemerlangan UPSR yang terdiri daripada guru-guru Tahun 6 dan guru-guru bantu serta barisan pentadbiran SKM duduk semeja membentuk strategi dalam meningkatkan pencapaian UPSR 2010 kali ini di bawah Unit Kurikulum.
Salah satu acara tahunan dalam Sukan Tahunan SKM, dijalankan terlebih awal acara Larian Merentas Desa 2010 yang bermula di perkarangan sekolah hingga ke Kampung Atil daan berpatah balik yang merangkumi sejauh lebih kurang 2.3km bagi Tahap 1 dan 3.5km bagi Tahap 2. Acara ini dilepaskan mengikut kelas dan diambil kira untuk mata rumah sukan masing-masing. Tahniah kepada Unit Kokurikulum dan Sukan Tahunan yang dapat menjalankan acara tersebut dengan lancar dengan kerjasama semua guru dan kakitangan sekolah, RELA dan Polis.
Selesai sahaja acara Larian Merentas Desa, Unit Bimbingan & Kaunseling SKM telah mengadakan Ceramah Motivasi dengan tajuk "Ponteng dan Buli". Program ini sedikit sebanyak telah memberi input dan kesedaran kepada semua murid SKM.
Melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga 5, Kem Solat Bestari (KSB) Fasa 1/2010 telah dapat dijayakan oleh Unit Pendidikan Islam SKM. Diketuai oleh barisan guru-guru Pendidikan Islam dan guru J-Qaf serta dibantu oleh Fasiltator-fasilitator di kalangan guru-guru SKM sendiri.
Saturday, January 16, 2010
Warga SK Mela menerima seorang lagi ahli baru untuk sesi 2010 iaitu Cikgu Hasriq bin Mohamad. Beliau yang pernah bertugas di SK Senderut, Kuala Lipis iaitu di sebuah sekolah pedalaman Orang Asli diharapkan akan dapat membawa segala pengalaman yang ada bagi memantapkan SK Mela khususnya dalam Matematik. Selamat datang dan selamat bertugas buat Cikgu Ha.
Semua panitia matapelajaran SK Mela telahpun selesai mengadakan perjumpaan Pertama bersama ahli masing-masing bagi Merancang,Berbincang serta Menjana idea, bagi merangsang minat murid ke arah memantapkan lagi mutu P&P masing-masing.Tahniah & syabas buat semua ,KHUSUSNYA ketua Panitia kerana telah berjaya melaksana AGENDA PANITIA fasa pertama,Namun buat semua setiausaha sudah tersediakah Minitnya?sekadar ingatan Bersama:
AGENDA YANG PALING TIDAK SEMPURNA,
ADALAH
AGENDA SEMPURNA YANG TIDAK DISEMPURNAKAN.
RENUNG-RENUNGKAN..........
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)