Wednesday, May 12, 2010

Mesyuarat Agung PIBG

Program : Mesyuarat Agung PIBG SK Mela ke-33 Tahun 2010
Tarikh : 13 mai 2010 (khamis)
Masa : 3 ptg
Tempat : Dewan SK Mela
Kehadiran : Semua Guru, ibu bapa/ penjaga


Agenda Mesyurat

1. Ucapan Pengerusi PIBG sesi 2009/2011
2. Mengesahkan minit mesyuarat Agung kali ke -32
3. Membentangkan dan menerima penyata kewangan PIBG
4. Membincangkan dan menerima cadangan serta usul PIBG
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan

Ucapan

Bacaan doa Oleh Ustaz


Barisan hadapan PIBG

Kehadiran ibu bapa / penjaga murid-murid



Jamuan Untuk Semua Yang Hadir

Perjumpaan guru & Staf

Program : Perjumpaan guru & Staf
Tarikh : 12.05.2010
Masa : 1.15 th
Tempat : Bilik Mesyuarat



Pada perjumpaan kali ini tertumpu kepada penerangan tentang aktiviti yang akan dia adakan dalam bulan ini. Antara aktiviti ada adalah

1.Mesyuarat agong PIBG SK Mela ke-33 Tahun 2010 yang akan di adakan pada 13 mai 2010 (khamis)

2."Gotong-royong Perdana" dengan matlamat "SEKOLAHKU BERGAYA" yang akan dia adakan pada 15 mei 2010 (sabtu)

3. Majlis Sambutan Hari Guru SK Mela 2010 yang akan diadakan pada 17 Mei 2010 (Isnin) dengan Tema hari Guru pada tahun ini adalah "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"




Monday, May 10, 2010

Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul
23 April 2010
5 ptg
Dataran Mela ( Perarakan bermula dihadapan Klinik berakhir di Dataran Mela)

Maulidur Rasul dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w


Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh
Pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah
Bersamaan dengan 23 April 571.

Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.

Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Gambar sebelum, semasa dan selepas perarakan.




JKKK MELA



KG LIMAU PURUT


























Thursday, May 6, 2010

Kawad Unit Pakaian Seragam

Program : Kawad Unit Pakaian Seragam
Tarikh : 5 Mei 2010
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Mela


Pada mulanya aktiviti kawad ini tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat kekangan yang terjadi iaitu hujan. Semua pelajar yang hadir di minta untuk ke kelas.



Setelah hampir 1 jam menunggu hujan berhenti akhirnya penantian berakhir. Tanpa berlengah lagi mereka terus memulakan aktiviti kawad seperti yang telah di rancangkan. Itulah semangat yang ada pada semua warga SK Mela yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam apa juga yang meraka lakukan.






Kiri Kanan Kiri......Kiri Kanan Kiri...Kiri Kanan Kiri....Berhen...Ti.



Tuesday, May 4, 2010

MOTIVASI BERSAMA DR. FAZLEY

Puteri UMNO Bahagian Lipis

MOTIVASI BERSAMA DR. FAZLEY
(pelajar UPSR, PMR dan SPM parlimen Lipis 2010)

Tarikh : 04 MEI 2010
Masa : 8.00 Pagi
Tempat :Dewan Jubli Perak SHAS Kuala Lipis

Perasmian Disempurnakan Oleh :

YB Dato' Hj Mohd Soffi Tan Sri Hj. Abdul Razak.,DSAP.,DIMP.,AMPEXCO Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan

Dengan Kerjasama

: Majlis Belia Daerah Lipis
: Pejabat Pelajaran Dearah Lipis

GENERASI WANITA PRIHATIN - PRIHATIN BERILMU






Sunday, May 2, 2010

Mesyuarat PIBG



Tarikh : 29 April 2010
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat SK MELA

Perjumpaan ini merupakan Mesyuarat AJK PIBG SK Mela kali pertama 2010. Dalam mesyuarat ini membincangkan tentang :

1. Aktiviti PIBG 2010
2. Mesyuarat Agong 2010
3. Gotong-royong perdana semperna hari guru 2010

Tuesday, April 27, 2010

Majlis Perpisahan




TARIK :22 APRIL 2010
MASA :1.15 Petang
TEMPAT :Bilik Jamuan SK Mela


Majlis perpisahan ini diadakan khas buat CIKGU SITI FARIDAH Guru subjek Bahasa Inggeris.

Terima kasih di atas segala sumbangan khidmat bakti di SK Mela.Peningkatan peratus capaian Bahasa Inggeris semasa khidmat di sekolah ini,menjadi lakaran sejarah buat sekolah.

5 Tahun khidmat di SK Mela pasti merakam pelbagai kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Selamat bertugas di sekolah baru.

Terima Kasih Cikgu CT,moga terus berjaya dalam lapangan bidang kerjaya.

Monday, April 12, 2010

Presentation Slide

PEMBENTANGAN :8 APRIL 2010
MASA PEMBENTANGAN :8.00 Pagi
TEMPAT PEMBENTANGAN :MAKMAL KOMPUTER SK MELA



Pertandingan Membina "Slide Presentation"

TARIKH MULA :11 MARCH 2010
TARIKH TAMAT :5 APRIL 2010
TARIK PEMBENTANGAN :8 APRIL 2010
MASA PEMBENTANGAN :8.00 Pagi
TEMPAT PEMBENTANGAN :MAKMAL KOMPUTER SK MELA


MASA MENGGUNAKAN KOM : Isnin 8.00 - 9.45pagi waktu Pendidikan Seni
Khamis 8.00-9.45pagi waktu Pendidikan Jasmani




Related Posts with Thumbnails
Subscribe to Feed