Friday, January 22, 2010

MINGGU KETIGA

Bertempat di Bilik Mesyuarat SKM, Jawatankuasa Program Kecemerlangan UPSR yang terdiri daripada guru-guru Tahun 6 dan guru-guru bantu serta barisan pentadbiran SKM duduk semeja membentuk strategi dalam meningkatkan pencapaian UPSR 2010 kali ini di bawah Unit Kurikulum.
Salah satu acara tahunan dalam Sukan Tahunan SKM, dijalankan terlebih awal acara Larian Merentas Desa 2010 yang bermula di perkarangan sekolah hingga ke Kampung Atil daan berpatah balik yang merangkumi sejauh lebih kurang 2.3km bagi Tahap 1 dan 3.5km bagi Tahap 2. Acara ini dilepaskan mengikut kelas dan diambil kira untuk mata rumah sukan masing-masing. Tahniah kepada Unit Kokurikulum dan Sukan Tahunan yang dapat menjalankan acara tersebut dengan lancar dengan kerjasama semua guru dan kakitangan sekolah, RELA dan Polis.

Selesai sahaja acara Larian Merentas Desa, Unit Bimbingan & Kaunseling SKM telah mengadakan Ceramah Motivasi dengan tajuk "Ponteng dan Buli". Program ini sedikit sebanyak telah memberi input dan kesedaran kepada semua murid SKM.
Melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga 5, Kem Solat Bestari (KSB) Fasa 1/2010 telah dapat dijayakan oleh Unit Pendidikan Islam SKM. Diketuai oleh barisan guru-guru Pendidikan Islam dan guru J-Qaf serta dibantu oleh Fasiltator-fasilitator di kalangan guru-guru SKM sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Subscribe to Feed