Wednesday, March 17, 2010

Bulan Antidadah

Pada tahun ini sekolah seperti biasa melaksanakan program Bulan Antidadah. Program seperti ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahayanya najis dadah. Bertema "1Malaysia Membenteras Dadah" program ini bermula dengan jayanya pada 19 februari 2010(Jumaat) dan akan berakhir pada 31 mac 2010(Rabu). Pengisian program adalah :

1. Pelancaran Sambutan Minggu Antidadah Peringkat SK Mela Tahun 2010 pada 19 Feb 2010(Jumaat) bertempat di Tapak Perhimpunan




2. Mesej Antidadah dimana Setiap guru memberi penerangan dan maklumat berkenaan antidadah 5 minit sebelum memulakan P&P pada 10 & 11 Mac 2010 (Rabu & Khamis) di Kelas

3. Pertandingan Mewarna/Melukis terbahagi kepada Tahap 1 (mewarna poster antidadah) dan Tahap 2 (melukis poster) pada 12 Mac 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan SK Mela



4. Kuiz Antidadah juga terbahagi kepada Tahap 1 dan Tahap 2 pada 12 Mac 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan SK

5. Majlis Penutup Sambutan Minggu Antidadah Peringkat SK Mela Tahun 2010 pada 31 Mac 2010 (Rabu) bertempat di Tapak Perhimpunan


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Subscribe to Feed