Wednesday, May 12, 2010

Majlis Sambutan Hari Guru

Program : Majlis Sambutan Hari Guru SK Mela 2010
Tarikh : 17 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 7.40pagi - 1.10 tengah hari



"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Sambutan ini diadakan sempena Hari Guru yang diadakan pada 16 Mei setiap tahun bagi meraikan seluruh warga pendidik di Malaysia. Ia bertujuan mengingati dan menghargai jasa serta pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak bangsa pada masa kini dan selamanya.

Dengan tema "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Rasional pemilihan tema tersebut ialah:

1. Selaras dengan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
2. Memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi.


perutusan HARI GURU 2010
MENTERI pelajaran malaysia
Y.A.B. TAN SRI haji MUHYIDDIN bin hj mohd YASSIN

Sempena Perayaan Hari GURU KE-39
TEMA
“Guru peMBINA NEGARA BANGSA”

Sumber Laman Web Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia.
Text Ucapan


Di Sampaikan Oleh Guru Besar SK Mela

Bacaan doa





Ikrar Guru


Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami



Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.




Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita


Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu, membina

Negara yang tercinta


Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Subscribe to Feed