Monday, September 20, 2010

Peperiksaan UPSR

Peperiksaan UPSR
Tarikh : 21/09/2010 hingga 23/09/2010
Tempat : Dewan SK MELA



Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada semua pelajar Tahun 6.

Semua mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk kalian.amin...







JADUAL PEPERIKSAAN


21/09/2010 (SELASA)

08:15 pagi — 09:05 pagi = Bahasa Melayu Pemahaman ( 50 minit )
09:45 pagi — 11:00 pagi = Bahasa Melayu Penulisan ( 1 jam 15 minit )
11:45 pagi — 12:25 tengah hari = Mathematics Kertas 2 ( 40 minit )

22/09/2010 (RABU)

08:15 pagi — 09:15 pagi = Mathematics Kertas 1 ( 1 jam )


23/09/2010 (KHAMIS)

08:15 pagi — 09:30 pagi = Science (1 jam 15 minit )
10:15 pagi — 11:05 pagi = Bahasa Inggeris Kertas 1 ( 50 minit )
11:45 pagi — 01:00 petang = Bahasa Inggeris Kertas 2 ( 1 jam 15 minit )

02:15 petang — 03:45 petang = Ujian Aptitud Tahun Enam ( 1 jam 30 minit )





ARAHAN KEPADA CALON


1 ARAHAN AM

1.1 Calon wajib menduduki semua kertas soalan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas soalan bertulis sama ada kertas soalan objektif aneka pilihan atau kertas soalan subjektif akan dianggap tidak hadir mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki sesuatu kertas soalan dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh dan dibuktikan dengan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2010.


1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Calon sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/Guru Besar sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.


2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.


2.2 Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan atau Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua/Guru Besar. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.


2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.



Untuk keterangan lanjut :





SELAMAT BERJAYA


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Subscribe to Feed