Thursday, March 25, 2010

Kejohanan Sukan Bola Jaring Antara Sekolah

Tarikh : 26 Mac 2010
Tempat : SK Kerambit


Tahniah kerana berjaya menduduki tempat kedua dalam Kejohanan Sukan Bola Jaring Antara Sekolah. Tahniah jugak kepada semua yang telah melatih pasukan ini

Sekolah telah menghantar pasukan bola jaring yang terdiri daripada pemain-pemain yang dipilih di kalangan pelajar-pelajar yang berbakat. Mereka terdiri daripada pelajar tahun 6 yang mana telah menjalankan latihan di sekolah sebelum kejohanan ini atas bimbangan Cikgu Nor Azila dan Cikgu Siti Salbani.

Monday, March 22, 2010

Sukan Zon Benta

Tarikh : 23 Mac 2010
Tempat : SK Kemahang Benta

Tahniah kepada kesemua guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kejohanan olahraga zon benta. Tahniah juga kerana telah berjaya membawa pulang pingat. Daripada 10 wakil sekolah mereka telah berjaya membawa 7 pingat iaitu 1 emas, 2 perak dan 4 gangsa

Friday, March 19, 2010

Kursus membina e-Mail dan facebook

TARIKH:10 MAC 2010 (RABU)
MASA :2.30 PTG
TEMPAT:MAKMAL KOMPUTER SK MELA

LADAP bagi guru dan kaki tangan SK MELA untuk pertama kalinya diadakan pada tarikh 10 mac 2010 baru-baru ini. Pengisian bagi krusus ini adalah membina e-Mail dan facebook

Tahniah kerana berjaya menjalankan krusus ini dengan baik dan berjaya membina e-mail dan facebook seperti yang diharapkan kerana dengan adanya e-mail maklumat yang ingin di sampaikan akan lebih cepat dan mudah diperolehi

Thursday, March 18, 2010

Program Kecemerlangan UPSR

Tarikh : 15 mac hingga 18 Mac 2010

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 t/hari

Tempat : Dewan SK Mela

Program Kecemerlangan UPSR ini di adakan semasa cuti pertengahan semester 1 yang bermula pada 15 mac hingga 18 Mac 2010. Program ini melibatkan semua pelajar tahun 6 dan semua guru SK Mela. Kehadiran pelajar-pelajar adalah diwajibkan dan beruniform sekolah.

Program ini merangkumi ceramah dan bengkel teknik menjawab UPSR yang disampaikan dari guru-guru jemputan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan.

SEMOGA SEGALA ILMU YANG DIBERIKAN DAPAT DIMANFAATKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA

Wednesday, March 17, 2010

Pertandingan Membina "Slide Presentation"

AKTIVITI : PERTANDINGAN MEMBINA "SLIDE PRESENTATION"
TARIKH MULA : 11 MARCH 2010
TARIKH TAMAT : 9 APRIL 2010
TARIK PEMBENTANGAN : 12 APRIL 2010
MASA PEMBENTANGAN : 9.00 PAGI
TEMPAT PEMBENTANGAN : MAKMAL KOMPUTER SK MELA

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan ICT di kalangan pelajar dan mencapai 50% penggunaan ICT di kalangan masyarakat serta meningkatkan tahap kerja berkumpulan dikalangan pelajar. Ia melibatkan pelajar tahun 5 yang terbahagi kepada 11 kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai 3 org pelajar. Tajuk-tajuk bagi slide yang dibina adalah berdasarkan topik bagi matapelajaran sains tahun 5 dan tahun 6.

Bulan Antidadah

Pada tahun ini sekolah seperti biasa melaksanakan program Bulan Antidadah. Program seperti ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahayanya najis dadah. Bertema "1Malaysia Membenteras Dadah" program ini bermula dengan jayanya pada 19 februari 2010(Jumaat) dan akan berakhir pada 31 mac 2010(Rabu). Pengisian program adalah :

1. Pelancaran Sambutan Minggu Antidadah Peringkat SK Mela Tahun 2010 pada 19 Feb 2010(Jumaat) bertempat di Tapak Perhimpunan




2. Mesej Antidadah dimana Setiap guru memberi penerangan dan maklumat berkenaan antidadah 5 minit sebelum memulakan P&P pada 10 & 11 Mac 2010 (Rabu & Khamis) di Kelas

3. Pertandingan Mewarna/Melukis terbahagi kepada Tahap 1 (mewarna poster antidadah) dan Tahap 2 (melukis poster) pada 12 Mac 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan SK Mela



4. Kuiz Antidadah juga terbahagi kepada Tahap 1 dan Tahap 2 pada 12 Mac 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan SK

5. Majlis Penutup Sambutan Minggu Antidadah Peringkat SK Mela Tahun 2010 pada 31 Mac 2010 (Rabu) bertempat di Tapak Perhimpunan


Related Posts with Thumbnails
Subscribe to Feed